• Kolesterol Saintifik Dan Kesihatan Masyarakat (2023)

Penulis: Abdul Karim Othman, Samhani Ismail, Mohd Hanifah Jusoh


Tanggapan masyarakat bahawa kolesterol adalah penyakit zaman moden atau penyakit orang kaya boleh disanggah. Siapa sangka penyakit kolesterol sudah wujud semenjak zaman Firaun? Penelitian terhadap mumia menunjukkan penyakit senyap ini sudah wujud sejak zaman purba. Asap pembakaran domestik antara faktor penyumbang kepada kerosakan saluran darah yang akhirnya mengakibatkan permasalahan jantung dan kematian. 

Buku ini membawa pembaca mengembara ke sisi ilmiah saintifik dan perubatan berkenaan perkara asas berkaitan kolesterol, faktor dan mekanisme terjadinya penyakit yang berkaitan dengan kolesterol. Selain itu, buku ini turut membincangkan tentang amalan gaya hidup serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi paras kolesterol di dalam badan seperti pemakanan, alam sekitar, cuaca, pekerjaan, umur dan jantina. Pembaca turut diberi pendedahan tentang pelbagai teknologi pengimejan yang digunakan bagi membantu pakar perubatan mengesan penyakit arteroskelorosis. Buku ini juga memuatkan kupasan tentang komplikasi kolesterol terhadap kesihatan umumnya dan fungsi kognitif, otak serta organ-organ lain, khususnya.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Kolesterol Saintifik Dan Kesihatan Masyarakat (2023)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-58-1
  • Availability: In Stock
  • RM 39.00

  • Ex Tax: RM 39.00

Tags: Kolesterol, Saintifik, Kesihatan, Masyarakat, 2023