Penulis: Engku Ahmad Zaki Engku Alwi, Jamilah Haji Mohd Zain
Buku in menjelaskan peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam penyebaran dakwah dalam kalangan Orang Asli di Terengganu. Untuk itu, buku ini cuba merungkai permasalahan aktiviti dakwah Orang Asli dari aspek kefahaman akidah Islam dan penghayatan ibadah yang perlu dinilai kembali keberkesanannya supaya kehidupan seharian Orang Asli mash tetap berada pada landasan Islam yang sebenarnya. Huraiannya ringkas tetapi padat dengan fakta, memudahkan kefahaman setiap lapisan masyarakat untuk menyelami permasalahan sebenarnya yang berlaku dalam masyarakat Orang Asli di negeri Terengganu secara khususnya. Buku ini juga memberi tumpuan kepada aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak JAKIM dalam usaha meningkatkan pembangunan insan Orang Islam di Terengganu di samping cadangan penambahbaikan perancangan aktiviti dakwah untuk meningkatkan lagi kefahaman akidah dan penghayatan ibadah dalam kalangan Orang Asli. Diharapkan buku ini dapat mencetuskan ilham bag memikirkan cabaran-cabaran baharu umat Islam secara umumnya dan Orang Asli secara khususnya dan bagaimana pihak berwajib agama boleh memainkan peranan mereka secara proaktif bagi menjayakan misi dakwah Malaysia amnya dan di negeri Terengganu khasnya.
Peranan Jakim Dalam Penyebaran Dakwah kepada Orang Asli di Terengganu (2021)
- Product Code: ISBN 978-967-2231-93-6
- Availability: 2-3 Days
-
RM 41.00
- Ex Tax: RM 41.00
Tags: Peranan, Jakim, Penyebaran, Dakwah, Orang Asli, Terengganu