• Bahasa Al-Quran Yang Tersurat Dan Tersirat (2014)

Penulis/Author: Zulazhan Ab. Halim, Mohd. Hazli Yah @ Alias, Mohd Shahrizal Nasir, Mohd Fauzi Abdul Hamid.


Perbincangan mengenai kandungan al-Quran menerusi pelbagai aspek tidak pernah terhenti sejak berzaman. Situasi ini menyerlahkan kehebatan al-Quran yang terus relevan sejak ia diturunkan sehingga penghujung hayat dunia ini. Usaha menggali dan mengkaji khazanah mutiara al-Quran perlu diteruskan agar faedahnya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak. Buku ini mengandungi lapan bab yang menghuraikan topik berkaitan linguistik dan balaghah al-Quran. Perbincangan merangkumi aspek berkenaan perkataan dan juga ayat al-Quran. Hal ini menunjukkan kandungan al-Quran saling lengkap melengkapi dalam menyerlahkan makna yang ditentukan oleh Allah s.w.t.. Setiap perbincangan memfokus kepada bidang bahasa, selain ia semestinya disandarkan kepada kitab-kitab tafsir muktabar dan pandangan ulama bidang tafsir. Hal ini penting untuk dinyatakan agar fokus utama buku ini dapat dilihat secara jelas iaitu sebagai sebuah bahan bacaan ilmiah yang membincangkan perihal al-I’jaz al-Lughawi wa al-Bayani dalam al-Quran. Penyusunan bab-bab dalam buku ini dibuat secara sistematik iaitu dimulai dengan perbincangan mengenai perkataan, ayat, laras bahasa dalam al-Quran dan diakhiri dengan tajuk balaghah al-Quran. Kesemua tajuk yang terkandung dalam buku ini sesuai untuk dijadikan salah satu rujukan ilmiah sama ada bagi mereka yang berada dalam bidang pengajian bahasa Arab mahupun bidang pengajian Islam. Justeru, diharapkan buku ini dapat membantu para pembacanya dalam memahami tajuk-tajuk yang dibincangkan, selain dapat membuka ruang penerokaan baru bagi tajuk-tajuk lain dalam bidang linguistik dan balaghah al-Quran

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Bahasa Al-Quran Yang Tersurat Dan Tersirat (2014)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-85-2
  • Availability: In Stock
  • RM 35.00

  • Ex Tax: RM 35.00

Tags: Bahasa, Al-Quran, Tersurat, Tersirat, Ilmiah, Relevan, Khazanah, Mutiara, Linguistik, balaghah, Sistematik