• Perkaedahan Ilmu Dalam Disiplin Fikah Evolusi, Kategori dan Fungsi (2024)

Penulis: Wan Mohd Yusof Wan Chik, Mahirah Sara Farid, Hasanulddin Mohd


Terdapat pelbagai sub-disiplin ilmu berbentuk Perkaedahan dalam Ilmu Fikah. Antaranva Usul Fikah, Kaedah Fikah, lImu Maqasid Shariah, Siyasah Shar'iyyah, Taqnin al-Figh dan Nazariyyat Fiqhiyyah. Setiap perkaedahan mempunyai definisi, dimensi perbahasan, fungsi dan kedudukannya tersendiri. Kekeliruan dalam mengenal pasti identiti setiap perkaedahan akan memberi impak dalam berinteraksi dengan ilmu Fikah. Justeru, objektif buku ini adalah untuk menyediakan pengantar kepada pelbagai sub-ilmu berbentuk Perkedahan dalam Fikah dan ijtihad. Perbincangannya merangkumi tiga elemen utama. Pertama, latar belakang perkembangan pelbagai sub ilmu berbentuk perkaedahan di sekitar fikah. Kedua, definisi, fungsi, tujahan dan kandungan perbahasan setiap kategori perkaedahan satu persatu. Ketiga, analisis dan perbandingan antara perkaedahan hukum fikah Islam dari sudut fungsi, perkaitan dan asas pembentukannya secara makro dalam perundangan islam. Melalui ketiga-tiga elemen perbincangan, diharapkan pembaca dapat berinteraksi dengan pelbagai perkaedahan secara lebih tuntas. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh para pengkaji, pelajar mahupun orang awam yang berminat untuk melihat dinamika pelbagai Perkaedahan Hukum Fikah Islam dari sudut pemikiran mahupun sejarah.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Perkaedahan Ilmu Dalam Disiplin Fikah Evolusi, Kategori dan Fungsi (2024)

  • Product Code: ISBN 978-967-2750-70-3
  • Availability: In Stock
  • RM 43.00

  • Ex Tax: RM 43.00

Tags: Perkaedahan, Ilmu, Disiplin, Fikah, Evolusi, Kategori, Fungsi, 2024