Penulis: Nik Wafa' Nik Mohd Rosdi, Sa'adan Man, Nurulhuda Ahmad Zaki, Noor Munirah Isa
CRISPR-Cas9 merupakan teknologi pengeditan genom yang mempunyai aplikasi yang besar dan luas dalam pelbagai bidang.Teknologi ini berpotensi besar dalam rawatan terapeutik kerana kosnya lebih murah, cepat, efisien dan lebih tepat berbanding teknologi pengeditan genom manusia yang lain. Pelbagai penyakit genetik seperti penyakit sel sabit, B-talasemia dan banyak lagi dijanjikan penyembuhan melalui pengantara pengeditan genom CRISPR-Cas9 dengan pendekatan pelbagai strategi rawatan. Selain tujuan pengeditan preventif dan terapeutik, ia juga boleh mengedit kualiti biologi manusia yang tidak hanya mempunyai masalah kesihatan atau penyakit seperti menukar warna mata, meningkatkan ketinggian badan atau tahap kecerdasan minda dan sebagainya. Maka, secara tidak langsung aplikasi teknologi ini. telah menimbulkan beberapa isu serta perbincangan hangat dalam kalangan para saintis dan ahli bioetika seluruh dunia. Tidak terkecuali para sarjana Islam turut terhadap mengambil perbincangan perhatian penggunaannya di sisi syarak. Maka, buku ini mengupas perkara-perkara yang berkaitan dari sudut pandang hukum Islam semasa secara ringkas dan menyeluruh. Buku ini wajar dibaca untuk mendapatkan penjelasan tentang hukum penggunaan teknologi ini setelah ia diluluskan sebagai salah satu rawatan perubatan di samping menjadi panduan awal secara umum kepada umat Islam.
Teknologi Crispr-Cas9 Sebagai Terapi Gen Menurut Hukum Islam (2024)
- Product Code: ISBN 978-967-2750-72-7
- Availability: In Stock
-
RM 41.00
- Ex Tax: RM 41.00
Tags: Teknologi, Crispr-Cas9, terapi, Gen, Menurut, Hukum, Islam, 2024