• Wacana Percanggahan Hadith (2012)

Penulis/Author: Rohaizan Baru


Mukktalif al-Hadith atau kajian mengenai percanggahan hadith, menurut al-Imam al-nawawiy adalah merupakan salah satu cabang penting dalam ilmu Mustalah al-hadith. Melalui ilmu ini, para ulama hadith berupaya menyelesaikan permasalahan atau salah tafsiran yang timbul seputar hadith-hadith yang tampak bercanggah, sama ada bercanggah antara hadith dengan hadith, atau hadith dengan ayat al-Quran, atau boleh jadi juga anatar hadith dengan akalsihata atau penemuan-penemuan sains moden. Antara Ualama yang diketahui pasti terlibat dalam kajian ini adalah Ibnu Qutaibah (270H), Abu Ja'far al-Tahawiy (312H), Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburiy (450H), Ibnu Faurak al-Asbhaniy (406H) dan Ibnu al-Salah (643H). Turut tidak terkecuali ialah al-Imam al-Shafi'iy (204H).

Meskipun ilmu Mustalah al-Hadith telah banyak dipelajari di Malaysia, malah telah menjadi sebahagian dari pengajian hadith di sekolah-sekolah menegah atas dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia, namun tidak banyak kajian mengenai Mukhtalif al-Hadith ini pernah dibincang atau didiskusikan secara serius. Justeru di sinilah terletaknya keistimewaan buku ini, apabila ia dipercayai menjadi buku pertama dalam bidang ini yang pernah ditulis dan diterbitkan di Malaysia. Selain membincangkan konsep dan pengertian Mukhtalif al-Hadith dari pelbagai takrif dan sudut pandang ulama dan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya percanggahan ini, tumpuan buku ini terutama adalah pada menghuraikan beberapa kaedah oleh para ulama dalam memahami hadith-hadith yang kelihatan bercanggah di samping mengemukakan beberapa contoh hadith-hadith yang berkaitan, sebelum mengakhirinya dengan jawapan atau penyelesaian bagi mengatasi kekeliruan atau salah faham yang timbul. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Wacana Percanggahan Hadith (2012)

  • Product Code: ISBN 978-983-9842-49-4
  • Availability: In Stock
  • RM 35.00

  • Ex Tax: RM 35.00

Tags: Wacana, Percanggahan, Hadith