• Flexible Education with Soul (FlexS) : Modul Muaddib (2026)

Modul MUADDIB merupakan sebahagian daripada inisiatif Flexible Education with Soul (FlexS) di bawah Teras Kerja Murabbi Unggul Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Modul ini dibangunkan bagi memperkukuh profesionalisme pensyarah melalui pendekatan tarbiah yang berteraskan nilai iman, akhlak dan adab dalam pendidikan. Ia mengangkat peranan pensyarah sebagai muaddib—pendidik yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut membentuk sahsiah, membimbing akal dan menyuburkan rohani pelajar. Kandungan modul ini menghimpunkan lima fokus utama yang membentuk teras keilmuan dan keperibadian seorang pendidik: pemantapan iman dan akhlak dalam membentuk personaliti, penerapan konsep mentoring dan coaching, pengukuhan elemen kepimpinan, penguasaan kemahiran khidmat nasihat dan cakna bi’ah, serta transformasi pengetahuan dan pengalaman muaddib di UniSZA. Melalui modul ini, para pendidik dilatih untuk menggabungkan dimensi intelektual, spiritual dan sosial dalam pelaksanaan amanah keilmuan. Ia turut berperanan sebagai panduan praktikal kepada pensyarah dan staf akademik bagi membina budaya ilmu, memperkukuh jaringan komuniti, serta mewujudkan ekosistem kampus yang harmoni dan beradab. Sebagai rujukan yang bernilai untuk warga universiti, Modul MUADDIB diharap menjadi sumber inspirasi dalam melahirkan murabbi unggul yang berjiwa pendidik, berakhlak tinggi, serta komited terhadap visi UniSZA untuk membina insan holistik dan berteraskan nilai Islam yang syumul.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Flexible Education with Soul (FlexS) : Modul Muaddib (2026)

  • Product Code: ISBN 978-629-7804-19-4
  • Availability: 2-3 Days
  • RM 40.00

  • Ex Tax: RM 40.00

Tags: Flexible, Education, Soul, FlexS, Modul, Muaddib 2026