• Pendekatan Bioetika Islam Dalam Merungkai Dilema Pembedahan Penentuan Jantina Pada Individu Interseks (2025)

Penulis: Mohd Salim Mohamed


Buku ini menawarkan pandangan mendalam dan komprehensif mengenai isu Kelainan Perkembangan Seksual (KPS) dan pembedahan penentuan jantina (PPJ) pada bayi interseks. Dengan meneliti kerumitan permasalahan ini, penulis mengangkat kebimbangan etika yang muncul serta implikasi sosial dan budaya yang mempengaruhi keputusan perubatan di Malaysia.Menggunakan pendekatan multidisiplin yang merangkumi perspektif perubatan, psikologi, dan bioetika Islam, buku ini menekankan pentingnya memahami KPS sebagai spektrum identiti yang kompleks, bukan sekadar fenomena biologi. Penekanan terhadap maqasid syariah dijadikan panduan dalam merangka keputusan etika, dengan tujuan menghormati maruah individu dan melindungi hak mereka.Melalui analisis kritikal terhadap isu-isu yang dihadapi oleh bayi interseks, buku ini membentangkan cabaran yang dihadapi oleh pakar perubatan dan ibu bapa dalam membuat keputusan yang beretika. Penulis mencadangkan pembentukan kumpulan multidisiplin, mengajak pembaca untuk mempertimbangkan perlunya dialog konstruktif dan penglibatan agama dalam bioetika secara pragmatik. Dalam usaha membongkar stigma, stereotaip, dan kesalahfahaman yang mengelilingi KPS, buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai sumber pengetahuan tetapi juga sebagai seruan untuk tindakan dalam membina masyarakat yang lebih inklusif dan adil. Bacaan ini amat sesuai untuk akademik, pengamal, serta sesiapa yang berminat dengan isu-isu hak asasi manusia, etika perubatan, dan interseks dalam konteks masyarakat yang berbilang latar belakang.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Pendekatan Bioetika Islam Dalam Merungkai Dilema Pembedahan Penentuan Jantina Pada Individu Interseks (2025)

  • Product Code: ISBN 978-629-7804-16-3
  • Availability: In Stock
  • RM 49.00

  • Ex Tax: RM 49.00

Tags: Pendekatan, Bioetika, Islam, Merungkai, Dilema, Pembedahan, Penentuan, Jantina, Individu, Interseks, 2025, Mohd Salim Mohamed