• Estetik Perkataan Ahad dan Wahid dalam Al-Quran (2025)

Penulis: Intan Nor Syahira Ahmad, Roslan Ab Rahman, Md Nor Abdullah


Keindahan gaya bahasa yang terdapat pada setiap ayat al-Quran merupakan satu daripada elemen kemukjizatan al-Quran itu sendiri. Perkara ini berdasarkan para sarjana bersepakat mengatakan bahawa aspek bahasa terutamanya dari segi penggunaan gaya bahasa yang disusun dalam al-Quran adalah aspek utama yang menjadikan manusia mahupun jin gagal menandinginya. Bahkan, cabaran yang dikemukakan oleh Allah SWT ini sehingga kini masih kekal menjadikan setiap ayat al-Quran sebagai mukjizat yang bukan sahaja melemahkan manusia pada semua peringkat untuk menandinginya bahkan isi kandungannya bersesuaian dengan perkembangan ilmu pada setiap zaman. Berdasarkan perkembangan ilmu berteraskan teknologi kini, topik mukjizat al-Quran dilihat turut terkesan sehingga muncul satu aspek baru yang mula diberi perhatian iaitu kemukjizatan al-Quran dari aspek bilangan. Topik ini termasuk dalam perbahasan al-icjāz al-cadadī iaitu aspek berkaitan perkataan bilangan yang disebutkan dalam ayat al-Quran dan penciptaan aplikasi-aplikasi berkaitan ayat al-Quran sekaligus memudahkan untuk menghitung sesuatu perkataan atau pengulangan yang terdapat dalam al-Quran. Penelitian terhadap kemukjizatan al-Quran juga biasanya tertumpu terhadap penggunaan gaya bahasa.


Justeru buku ini mengetengahkan perbincangan tentang keindahan gaya bahasa pada ayat-ayat al-Quran yang mengandungi penyebutan unsur bilangan satu menerusi perkataan aḥad dan waḥid. Ini kerana kedua-dua perkataan aḥad dan waḥid ini mempunyai fungsi tertentu dalam perbahasan balaghah. Perbincangan hal ini penting kerana ia mampu memberi impak kefahaman yang lebih mendalam dalam menyelami makna ayat al-Quran samada yang tersurat mahupun tersirat. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman penulis juga, dapat dikatakan bahawa sumber rujukan ilmu balaghah Arab atau balaghah al-Quran dalam bahasa Melayu masih lagi kurang dan ianya amat diperlukan oleh para pelajar samada di peringkat sekolah mahupun di universiti. Diharapkan buku ini akan menjadi solusinya kepada masalah tersebut dan membuka ruang perbincangan yang baharu kepada seluruh pencinta ilmu al-Quran khususnya dalam kerangka perbahasan mukjizat al-Quran dari aspek gaya bahasa yang digunakan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Estetik Perkataan Ahad dan Wahid dalam Al-Quran (2025)

  • Product Code: ISBN 978-629-7804-12-5
  • Availability: In Stock
  • RM 56.00

  • Ex Tax: RM 56.00

Tags: Estetik, Perkataan, Ahad, Wahid, Al-Quran, 2025, Intan Nor Syahira Ahmad, Roslan Ab Rahman, Md Nor Abdullah