• Pentaksiran Alternatif Bahasa Arab Amalan Di Institusi Pengajian Tinggi (2025)

Disunting oleh: Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Mohd Shahrizal Nasir


Dalam dunia pendidikan abad ke-21 yang semakin dipacu oleh teknologi digital, pendekatan terhadap penilaian pembelajaran juga perlu berubah dan berinovasi. Pentaksiran bukan lagi sekadar ujian dan peperiksaan tradisional, tetapi perlu lebih autentik, fleksibel dan bermakna, selari dengan keperluan pelajar masa kini. Buku ini menawarkan panduan praktikal berasaskan kajian terkini tentang pentaksiran alternatif. Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah bentuk pentaksiran berasaskan pembentangan, aktiviti lakon semula, pertandingan debat, ujian kosa kata, penulisan teks dialog sehinggalah kepada pentaksiran berasaskan digital seperti e-poster, gamifikasi, video, pembelajaran berasaskan blog dan YouTube, serta projek tugasan menggunakan aplikasi digital. Di samping itu, buku ini turut berkongsi bentuk rubrik penilaian yang datang daripada kreativiti pengajar. Dengan pendekatan yang mesra pembaca dan disokong oleh contoh-contoh amali, buku ini membantu pendidik merancang, melaksana, dan menilai pembelajaran dengan lebih berkesan. Ia sesuai untuk guru sekolah, pensyarah, pelajar pendidikan, dan penyelidik untuk semua bidang dan peringkat pendidikan yang ingin memperkasa proses penilaian melalui tugasan dan teknologi. Buku ini membantu pendidik memahami kepelbagaian bentuk pentaksiran yang boleh disesuaikan mengikut subjek dan konteks PdP. Ia juga membekalkan idea-idea segar dan inovatif untuk melaksanakan penilaian yang benar-benar mencerminkan potensi sebenar pelajar. Transformasikan cara anda menilai. Gunakan teknologi secara bijak. Pastikan setiap pentaksiran memberi impak kepada pembelajaran. Ingin mencari inspirasi untuk bentuk pentaksiran baharu? Ingin tahu cara gunakan teknologi untuk menilai pelajar? Buku ini jawapannya. Baca dan variasikan penilaian anda hari ini!

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Pentaksiran Alternatif Bahasa Arab Amalan Di Institusi Pengajian Tinggi (2025)

  • Product Code: ISBN 978-629-7804-10-1
  • Availability: In Stock
  • RM 44.00

  • Ex Tax: RM 44.00

Tags: Pentaksiran, Alternatif, Bahasa Arab, Amalan, Institusi, Pengajian Tinggi, 2025, Siti Salwa Mohd Noor, Norasyikin Osman, Mohd Shahrizal Nasir