Penyelenggara: Wan Mohd Yusof Wan Chik, Siti Khatijah Ismail, Zulkifli Mohd
Sumbangan Imam al-ShaÏibÊ dalam menggagaskan perbahasan lengkap tentang maqasid melalui mahakaryanya “al-MuwÉfaqÉt fÊ UÎËl al-SharÊah” sememangnya diakui dunia Islam, dulu dan kini. Sebelum al-Shatibi, cetusan dan wacana Ilmu Maqasid telah dipelopori oleh beberapa ilmuwan tersohor seperti Hakim al-TirmidhÊ, Imam al-JuwaynÊ, Imam al-Ghazali dan ‘Izz al-Dīn bin ‘Abd al-Salām. Begitupun usaha Imam al- ShaÏibÊ ini ternyata telah berjaya mengembalikan semula kegemilangan ‘pemikiran maslahah’ yang mendasari perkembangan Mazhab Maliki sejak awal. Kajian Profesor Shaikh Dr. Ahmad al-RaisËnÊ ini adalah suatu usaha pembugaran semula keluasan pandang buana Maqasid Shariah dalam mendepani cabaran peradaban terkini. Berbekalkan minda maqasidik, beliau berjaya menjelaskan tentang sejarah perkembangan Ilmu MaqÉsid, latar belakang Imam al- ShaÏibÊ dan zamannya serta tasawwur am tentang disiplin ilmu Maqasid Shariah. Seterusnya beliau mengupas secara terperinci tentang ‘Teori Maqasid menurut Imam al- ShaÏibÊ’ melalui beberapa isu asas seperti konsep ‘ta’lÊl al-ahkÉm’, ‘maÎÉliÍ dan ‘mafÉsid’ serta mekanisme mengenal pasti maqasid syariah. Selanjutnya, beliau turut membuat penilaian terhadap sumbangan dan inovasi Imam al- ShaÏibÊ dalam bidang Maqasid Shariah serta kepentingannya dalam konteks ijtihad kontemporari. Kesemua perbincangan yang dikupas begitu terperinci dan analitik dalam sebuah mahakarya maqasid moden terhadap sebuah mahakarya maqasid klasik ini amat penting dihayati dan dinikmati bagi setiap peminat Ilmu Maqasid. Justeru, karya ini boleh dianggap sebagai kunci kepada pintu pengajian, penulisan dan penyeldikan di bidang Maqasid Syariah kontemporari.
Teori Maqasid Menurut Imam Al-Shatibi (2025)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-14-9
- Availability: In Stock
-
RM 106.00
- Ex Tax: RM 106.00
Tags: Teori, Maqasid, Menurut, Imam Al-Shatibi, 2025, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Siti Khatijah Ismail, Zulkifli Mohd

-228x228.jpeg)