Penulis: Mohd Irman Mohd Abd Nasir, Hanif Md Lateh, Wan Kamal Mujani
Buku ini merupakan penelitian terhadap konsep dan faktor keterlibatan dalam gerakan Ekstremisme terutamanya dalam kalangan kelas bawahan. Faktor yang dibentangkan dalam karya ini adalah berdasarkan sumber temu bual lapangan terhadap informan dan peserta kajian. Berdasarkan keseluruhan faktor yang diketengahkan, satu langkah pencegahan dan juga deradikalisasi boleh dibuat dengan menjadikan rumah, keluarga seterusnya komuniti sebagai permulaan. Selanjutnya, langkah pencegahan dalam kerangka yang lebih besar boleh dibuat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Karya ini secara khusus turut menyentuh berkenaan faktor ekstremisme yang terkait dengan Islamic State of Iran and Syria (al-Dawlah al-Islamiyyah fi al-Iraq wa al-Sham) atau ISIS-DAESH. Kaitan ini sekali gus menjurus pada ekstremisme yang timbul dari kalangan penganut agama Islam yang Jelas bertentangan dengan prinsip agamalah Islam yang berunsurkan rahmah. Tekuni karya ini untuk memahami kerangka ekstremisme dari sudut epistemologi dan konsep sekali gus faktor yang menjadi landasan pada langkah pencegahan. Oleh itu, karya ini perlu dimiliki oleh semua pihak tanpa batas agama, bangsa dan umur bagi memahami ekstremisme dalam konteks negara Malaysia khususnya yang menjadinya Islam sebagai agama negara. Berasaskan faham yang tepat dan benar tentang konsep ini, pencegahan boleh dibuat secara kolektif di peringkat komuniti. Pencegahan boleh dimulakan tanpa perlu menunggu dasar dan pelaksanaan di peringkat kerajaan yang memerlukan masa lebih panjang.
Ekstremisme di Malaysia Konsep dan Faktor (2025)
- Product Code: ISBN 978-629-7804-08-8
- Availability: In Stock
-
RM 45.00
- Ex Tax: RM 45.00
Tags: Ekstremisme, Malaysia, Konsep, Faktor, 2025, Mohd Irman Mohd Abd Nasir, Hanif Md Lateh, Wan Akmal Mujan

