Young Educational Innovators Challenge
YOUNG EDUCATIONAL INNOVATORS CHALLENGE 2025
UniSZA’s Carnival on e-Learning(UniCeL) 2025
PENGENALAN
YOUNG EDUCATIONAL INNOVATORS CHALLENGEY (YEIC) 2025 ialah pertandingan reka cipta dan inovasi dalam pendidikan di peringkat sekolah sempena UniSZA’s Carnival on e-Learning (UniCeL) 2025.
PENGANJUR
- Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
- Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
OBJEKTIF
- Memupuk budaya kreatif dan inovasi melalui kajian dan rekacipta dalam kalangan guru dan murid sekolah.
- Memupuk budaya bekerja secara profesional (kreatif, inovasi, merancang dan melaksanakan serta bekerja secara berpasukan) dalam kalangan murid sekolah.
- Memperkukuhkan kemahiran insaniah para pelajar termasuk sifat kompetitif dan berdaya saing.
SYARAT PERTANDINGAN
- Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah di negeri Terengganu yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun sahaja.
- Penyertaan pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada TIGA (3) orang murid dan SATU (1) orang guru pengiring. Setiap sekolah dibenarkan untuk menghantar lebih daripada SATU (1) pasukan.
- Setiap pasukan hanya dibenarkan untuk menghantar penyertaan untuk SATU (1) produk sahaja.
- Produk hendaklah ciptaan atau inovasi baharu yang berkonsepkan pendidikan sama ada dalam bentuk fizikal atau digital.
- Idea produk yang dihantar hendaklah asli dan tidak terikat dengan mana-mana hak Harta Intelek. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati produk yang dikemukakan tidak asli atau ciplak.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan fizikal peserta, sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pihak sekolah sepanjang menyertai pertandingan ini.
- Setiap pasukan hendaklah mendaftar dengan mengisi borang pertandingan yang disediakan oleh sekretariat pertandingan sahaja. Penghantaran borang hendaklah selewat-lewatnya pada tarikh tutup pendaftaran.
- Urus setia pertandingan berhak untuk menukar, meminda, mengubah atau menambah terma dan syarat pertandingan ini sekiranya berlaku situasi tertentu yang kritikal (contohnya pandemik penyakit berjangkit, bencana alam dan sebagainya) dan semua peserta akan tertakluk dengan perubahan tersebut.
- Kos pengangkutan dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh peserta. Penganjur akan menyediakan makan dan minum semasa sesi pembentangan bersemuka dan majlis penyampaian hadiah.
- Peserta akan menerima notifikasi berserta nombor penyertaan sekiranya terpilih untuk menyertai YEIC UniCeL 2025 melalui emel.
- Produk yang dibangunkan melalui pertandingan ini akan menjadi hak milik sekolah yang bertanding
- Pemilikan dan penjagaan produk yang dibangunkan hendaklah diserahkan kepada mana-mana pihak yang berkaitan di peringkat sekolah bagi memastikan produk tersebut boleh digunakan secara berterusan.
- Segala keputusan juri di Peringkat Saringan dan Peringkat Akhir adalah muktamad.
BORANG PENDAFTARAN
Setiap penyertaan hendaklah menghantar borang penyertaan yang lengkap dengan abstrak dan bukti pembayaran melalui pautan Pendaftaran UniCeL 2025: https://tinyurl.com/unicel2025
FORMAT DAN KANDUNGAN PEMBENTANGAN
Kandungan Poster Pembentangan:
- Nama ahli kumpulan
- Nama sekolah
- Tajuk inovasi
- Objektif inovasi
- Sinopsis/Ringkasan inovasi
- Kumpulan sasaran
- Latar belakang (penjelasan tentang proses penghasilan inovasi mengikut kronologi)
- Isu/Masalah yang ditangani oleh bahan inovasi
- Huraian inovasi:
- Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi.
- Cara inovasi digunakan (sertakan foto atau video penggunaan bahan inovasi dalam situasi sebenar).
- Kos bagi menghasilkan inovasi.
- Keberkesanan inovasi (sertakan bukti berasaskan data).
- Potensi pengedaran dan pengkomersilan.
- Keterangan Iain yang berkaitan.
Format Poster Pembentangan:
- Saiz Potret A1: 594 x 841 mm / 23.4 x 33.1 inci (width x height). Hantarkan poster anda di https://tinyurl.com/posterYEIC2025 sebelum atau pada 17 ulai 2025.
- Sila sediakan penyertaan anda menggunakan templat poster yang disediakan di menu muat turun.
Format Pembentangan:
- Produk yang dipertandingkan hendaklah dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung.
- Hendaklah sekurang-kurangkan seorang ahli pasukan berada di lokasi sepanjang program berlangsung dan mengetahui semua aspek projek.
- Secara umumnya, peserta diberi masa selama 30 minit untuk membentangkan hasil inovasi, iaitu 15 minit untuk membentang dan 15 minit untuk menjawab soalan juri. Akan tetapi, tempoh masa yang dinyatakan adalah sebagai panduan sahaja. Tempoh masa adalah fleksibel mengikut keperluan dan keselesaan juri.
KRITERIA PENGHAKIMAN
|
Bil. |
Perkara |
Pemberat |
|
1. |
Keaslian dan kreativiti |
30% |
|
2. |
Kegunaan dan aplikasi |
30% |
|
3. |
Potensi komersil dan kebolehpasaran |
20% |
|
4. |
Semangat berpasukan |
10% |
|
5. |
Kelancaran pembentangan dan soal jawab |
10% |
|
Jumlah |
100% |
PEMENANG
Pemenang tempat PERTAMA sehingga KETIGA masing-masing akan menerima wang tunai bernilai RM300, RM200, dan RM100 beserta trofi dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur. Semua peserta juga akan menerima sijil penghargaan daripada pihak penganjur.
TARIKH–TARIKH PENTING
Sila rujuk tarikh-tarikh penting di sini.
Catatan: Tertakluk kepada pindaan