Program Gempur STPM: Anjakan Paradigma JOM 4.0

2 - 4 Ogos 2022 (Selasa - Khamis) - Program Gempur STPM: Anjakan Paradigma JOM 4.0 anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Renek dengan kerjasama Pejabat Pengarah Kampus Besut telah berlangsung dengan jayanya pada 2 hingga 4 Ogos 2022. Obejktif utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan pencapaian pelajara STPM, memberi motivasi berterusan kepada semua pelajar berkaitan peluang untuk mencapai kecemerlangan dan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai suasana pembelajaran di universiti selain menjalinkan program kerjasama pihak sekolah bersama universiti. Semoga program seumpama ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.

 

gerakgempur

Kunjungan Wakil Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Renek

24 Julai 2022 (Ahad) - Kunjungan dan perbincangan dua hala Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) bersama wakil pengurusan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek (SMKR), Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Kampus Besut. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. Pegawai yang turut hadir adalah Ts. Dr. Nadzifah binti Yaakub, Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik, Encik Mohd Ali bin Hashim, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Encik Mohamad bin Hussin, Penolong Pendaftar (Bahagian Akademik) dan Puan Norshuhila binti Mohd Shukri, Penolong Pendaftar (Bahagian Pentadbiran), PPKB.
Kunjungan dari SMKR ini diketuai oleh Puan Norjamilah binti Rajab, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKR. Turut bersama-sama hadir adalah Puan Roslawati binti Abdullah dan Encik Wan Mohd Azeem bin Wan Zainal Abidin, Guru Tingkatan Enam SMKR.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan program-program jalinan kerjasama yang berpotensi dan bermanfaat untuk dilaksanakan oleh PPKB bersama pihak sekolah.
 
sekolah1

Ramah Mesra Pro Canselor Bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut

Ramah Mesra Pro Canselor Bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut
23 Julai 2022 - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut mengalu-alukan ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Prof. Dr. Mohd Yusof bin Hj Md Nor, Pro Canselor UniSZA ke Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut pada jam 3.00 petang. Sesi ramah mesra Pro Canselor bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA kemudiannya memberi ucapan penghargaan dan memaklumkan secara ringkas berkaitan UniSZA Kampus Besut kepada YBhg. Pro Canselor termasuk fakta ringkas, pencapaian dan perancangan masa hadapan. Program diteruskan dengan ucapan daripada YBhg. Pro Canselor dan perbincangan dua hala bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBrs. Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA, YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Puan Norulhuda binti Makhtar, Ketua Pustakawan, Dekan dan Timbalan Dekan, serta staf-staf pengurusan dan profesional UniSZA Kampus Besut.
Sebelum meninggalkan program, YBhg. Pro Canselor dijemput melawat ke sudut VT360° UniSZA Besut Campus yang dikelolai oleh pasukan Media UniSZA Kampus Besut.
Pada jam 4.00 petang, YBhg. Pro Canselor, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA dan wakil-wakil Ahli Pengurusan Kampus Besut bertolak ke UniSZA Ladang Pasir Akar bagi lawatan tinjau ternakan. Lawatan ke Ladang Pasir Akar turut dihadiri oleh Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA. Program tamat sekitar jam 7.00 petang.
 
pro

Program Cintai Alam Sekitar 2022

PROGRAM CINTAI ALAM SEKITAR 2022
KELESTARIAN KAMPUS : MEREKA BENTUK KAMPUS HIJAU UniSZA 2022-2025
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut telah mengadakan Program Cintai Alam Sekitar Peringkat UniSZA pada hari ini. Program dimulai dengan perkongsian melalui Slot Bicara Kampus Hijau Kelestarian Kampus: Mereka Bentuk Kampus Hijau UniSZA 2022-2025 yang telah disampaikan oleh Pengarah Kampus Besut, YBrs. Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman.
Program ini bertujuan meningkatkan keperihatinan warga UniSZA untuk memelihara alam sekitar dan menjadi salah satu agenda utama di PTj masing2 sepanjang masa di samping meningkatkan kesedaran serta tindakan untuk menjaga alam sekitar untuk diwarisikan kepada generasi akan datang.
Program tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), YBhd. Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd. Razak mewakili Naib Canselor UniSZA.
Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBhg. Prof. Dr. Zuhairah Ariff bin Abd. Ghadas, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBhg. Dato' Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Bendahari, YBrs. Puan Hajjah Shakimah binti Endut, Ketua-ketua Pusat Tanggungjawab serta staf-staf UniSZA.
 
hijau

Mesyuarat Jalinan Pendidikan Bersama UniSZA

31 Mei 2022 (Selasa) - Mesyuarat Jalinan Pendidikan Bersama UniSZA telah diadakan oleh Pejabat Pengarah Kampus Besut bersama Guru Besar dan wakil guru daripada Sekolah Kebangsaan Benting Lintang dan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengarah Kampus, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman ini turut dihadiri oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dari Fakulti Farmasi, Fakulti Biosumber & Industri Makanan dan Fakulti Informatik & Komputeran. Turut hadir ke mesyuarat adalah pegawai-pegawai eksekutif Kampus Besut. Objektif utama mesyuarat diadakan adalah untuk jalinan kerjasama dalam aktiviti-aktiviti melibatkan pelajar-pelajar sekolah. Semoga segala perancangan dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
 
sekolah

More Articles ...