• Profil
  • Pengenalan

Pengenalan

UniSZA Kampus Besut telah mula beroperasi pada 7 September 2013 melalui kemasukan pelajar lama dan baru bagi Fakulti Informatik & Komputeran (FIK) dan Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM). Buat masa ini Kampu Besut hanya menempatkan tiga (3) buah fakulti iaitu Fakulti Informatik & Komputeran (FIK), Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM) dan Fakulti Farmasi.

UniSZA Kampus Besut mempunyai keluasan bersaiz 956 ekar. Sebahagian kawasan telah pun dijadikan ladang dan tapak pertanian di bawah kendalian FBIM. Ladang Pasir Akar juga berada di bawah pengurusan FBIM dan Pejabat Pengarah Kampus Besut.

Kedua-dua kompleks pengajaran dan pembelajaran iaitu Kompleks Informatik (Blok D) telah diserahkan kepada pihak Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada 7 September 2013 manakala Kompleks Agro Teknologi (Blok F) telah diserahkan pada bulan Februari 2014.

UniSZA Kampus Besut merupakan salah satu kampus UniSZA yang dilihat mampu memperkembangkan disiplin pertanian, bioteknologi, sains makanan, dan teknologi maklumat. Dengan wujudnya UniSZA Kampus Besut, ia secara tidak langsung telah meningkatkan perkembangan dan pembangunan masyarakat setempat ke tahap yang optimum terutama dari segi pembangunan pendidikan dan pembangunan sosio-ekonomi penduduk kerana telah membantu memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.  

Latar belakang

Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) merupakan sebuah jabatan yang bertindak menguruskan pentadbiran di Kampus Besut. PPKB memainkan peranan penting sebagai peneraju utama Pentadbiran Am dan Dasar, Akademik, Kewangan, Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar di Kampus Besut. Pelbagai kemudahan dan fasiliti telah dibangunkan untuk keselesaan kakitangan dan pelajar. Bangunan pentadbiran dan perpustakaan yang masih dalam proses pembinaan dan bakal siap tidak lama lagi juga dilihat sebagai salah satu langkah pembangunan universiti. Selain itu, beberapa bidang baharu mengikut kehendak pasaran juga sedang dikenal pasti untuk dimulakan di UniSZA tidak lama lagi. Rancangan yang sedang dijalankan ini menunjukkan UniSZA sedang berkembang maju seiring dengan universiti lain di negara ini.

Secara keseluruhannya, UniSZA dijangka mampu menampung sebanyak 15, 000 pelajar menjelang 2020. Pejabat Pengarah Kampus Besut di bawah pentadbiran Pengarah Kampus, Prof. Dr. Mohd Nordin Abdul Rahman bersama 13 kakitangan sokongan yang lain sentiasa berganding bahu dan memberi sepenuh komitmen untuk memastikan Kampus Besut terus berkembang maju.