Kunjungan Wakil Pengurusan Sekolah Menengah Kebangsaan Renek

24 Julai 2022 (Ahad) - Kunjungan dan perbincangan dua hala Pejabat Pengarah Kampus Besut (PPKB) bersama wakil pengurusan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Renek (SMKR), Terengganu telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengarah Kampus Besut. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. Pegawai yang turut hadir adalah Ts. Dr. Nadzifah binti Yaakub, Ketua Bahagian Perkhidmatan Akademik, Encik Mohd Ali bin Hashim, Ketua Bahagian Perkhidmatan Pengurusan, Encik Mohamad bin Hussin, Penolong Pendaftar (Bahagian Akademik) dan Puan Norshuhila binti Mohd Shukri, Penolong Pendaftar (Bahagian Pentadbiran), PPKB.
Kunjungan dari SMKR ini diketuai oleh Puan Norjamilah binti Rajab, Guru Penolong Kanan Tingkatan Enam SMKR. Turut bersama-sama hadir adalah Puan Roslawati binti Abdullah dan Encik Wan Mohd Azeem bin Wan Zainal Abidin, Guru Tingkatan Enam SMKR.
Objektif utama kunjungan ini adalah untuk membincangkan program-program jalinan kerjasama yang berpotensi dan bermanfaat untuk dilaksanakan oleh PPKB bersama pihak sekolah.
 
sekolah1