Ramah Mesra Pro Canselor Bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut

Ramah Mesra Pro Canselor Bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut
23 Julai 2022 - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut mengalu-alukan ketibaan YBhg. Tan Sri Dato' Prof. Dr. Mohd Yusof bin Hj Md Nor, Pro Canselor UniSZA ke Perpustakaan Al-Wathiqu Billah Kampus Besut pada jam 3.00 petang. Sesi ramah mesra Pro Canselor bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah Kampus Besut, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman. YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Naib Canselor UniSZA kemudiannya memberi ucapan penghargaan dan memaklumkan secara ringkas berkaitan UniSZA Kampus Besut kepada YBhg. Pro Canselor termasuk fakta ringkas, pencapaian dan perancangan masa hadapan. Program diteruskan dengan ucapan daripada YBhg. Pro Canselor dan perbincangan dua hala bersama Ahli Pengurusan UniSZA Kampus Besut.
Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Prof. Madya Dato' Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff @ Che Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), YBrs. Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA, YBrs. Encik Muzafar bin Mohd Din, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat & Pengurusan Perhubungan, Puan Norulhuda binti Makhtar, Ketua Pustakawan, Dekan dan Timbalan Dekan, serta staf-staf pengurusan dan profesional UniSZA Kampus Besut.
Sebelum meninggalkan program, YBhg. Pro Canselor dijemput melawat ke sudut VT360° UniSZA Besut Campus yang dikelolai oleh pasukan Media UniSZA Kampus Besut.
Pada jam 4.00 petang, YBhg. Pro Canselor, Ahli-ahli Pengurusan Tertinggi UniSZA dan wakil-wakil Ahli Pengurusan Kampus Besut bertolak ke UniSZA Ladang Pasir Akar bagi lawatan tinjau ternakan. Lawatan ke Ladang Pasir Akar turut dihadiri oleh Tan Sri Dr. Abdullah bin Md. Zin, Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA. Program tamat sekitar jam 7.00 petang.
 
pro