Fiesta Aidilfitri Kampus Besut

29 Mei 2022 (Ahad) - Majlis Perwakilan Pelajar UniSZA dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor HEPA dan Pejabat Pengarah Kampus Besut telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Perdana yang dinamakan Fiesta Aidilfitri Kampus Besut pada 29 Mei 2022 bersamaan 28 Syawal 1443H bertempat di Kafeteria Kolej Kediaman Siswi, Kampus Besut. Majlis ini diadakan bertujuan untuk meraikan bulan Syawal yang mulia dan kemenangan umat Islam setelah berpuasa pada bulan Ramadan yang lalu. Majlis ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menyatupadukan sesama lain khususnya warga UniSZA Kampus Besut.
Saudara Muhammad Nur Afiq, Pengarah Program Fiesta Aidilfitri Kampus Besut merangkap Naib Presiden Kampus Besut, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) berkata, majlis ini telah mendapat sambutan luar biasa dengan kehadiran ramai warga Kampus Besut ke majlis tersebut. Suasana yang sebegitu meriah telah menimbulkan rasa gembira, terharu dan bersyukur apabila dapat menganjurkan majlis raya ini setelah beralihnya daripada pandemik Covid-19.
Majlis ini juga telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Prof. Madya Dato’ Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman, Pengarah Kampus Besut, Dekan FBIM, Dekan FF dan Dekan FIK.
Kesimpulannya, majlis ini telah berlangsung dengan jayanya atas kerjasama semua pihak. Semoga program yang sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang untuk mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa/i dan pengurusan UniSZA.
 
mpp1