• Profil
  • Bicara Pengarah Kampus

Bicara Pengarah Kampus

Prof



Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Selamat datang ke laman web rasmi Pejabat Pengarah Kampus Besut

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, kerana atas kebesaran dan limpah rahmatNya dapat kami membangunkan laman web ini dengan hasrat agar ianya menjadi salah satu medium penyebar maklumat strategik universiti kepada warga kampus. Besar harapan saya agar laman web yang baru dinaiktaraf ini dapat menjadi pemangkin kepada perkembangan kampus ke arah mencapai kampus sejahtera dan berinformasi. Matlamat kami di Kampus Besut bukan sahaja untuk melahirkan graduan yang cemerlang dalam pencapaian akademik, tetapi berakhlak, mempunyai daya saing yang sihat, berketerampilan, terlibat dengan kerja sukarelawan dan komuniti serta cemerlang dalam bidang sukan dan keusahawanan.

Kampus Besut merupakan kampus terbaru dan terluas di UniSZA, telah mula beroperasi pada tahun 2013. Dengan keluasan 956 ekar ini, Kampus Besut merupakan tempat yang tenang dan nyaman bagi para mahasiswa untuk mendalami ilmu kerana landskap sekitar yang bersifat semulajadi dan bersih. Kampus Besut kini menempatkan tiga buah fakulti iaitu Fakulti Informatik & Komputeran (FIK), Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM) dan Fakulti Farmasi (FF). Selain itu, Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC) turut ditempatkan di sini. Sehingga kini jumlah keseluruhan pelajar adalah seramai 1400 orang.

Pihak pengurusan universiti sentiasa menyokong pembangunan Kampus Besut. Kini, Kampus Besut telah membangunkan Projek Taman Rimba Ilmu Tanah Bris (TRIBe) bermula pada tahun 2020 yang berpotensi menjadi pusat ilmu dan bermanfaat untuk aktiviti PdP disamping bertujuan memelihara serta memulihara kesejahteraan alam sekitar. Pembangunan TRIBe sangat bertepatan memandangkan Kampus Besut mempunyai kapasiti keluasan tanah yang luas dan memenuhi hasrat ke arah kampus hijau.

Bagi menggalakkan mahasiswa bergiat aktif dalam aktiviti kesukanan, beberapa fasiliti telah dibangunkan termasuk sebuah dewan serbaguna, gimnasium, padang bola, lapangan memanah dan tempat untuk aktiviti berbasikal. Kemudahan aktivi sukan air seperti berkayak juga disediakan. Perpustakaan Al-Wathu Billah telah beroperasi secara rasmi pada tahun 2020 dan yang merupakan fasiliti yang amat bermanfaat buat warga kampus. Bangunan Akademik & Pentadbiran juga telah siap dibina dan mula digunakan pada Mac 2021.

Universiti berhasrat untuk melahirkan mahasiswa yang seimbang dari sudut akademik, kokurikulum serta kerohanian. Keseimbangan ini penting dan perlu dititikberatkan bagi membina peribadi mahasiswa yang syumul dan kamil. Sejajar dengan tagline UniSZA iaitu ILMU DAN AKHLAK, saya menyeru agar semua mahasiswa menyalurkan segala apa yang telah diperolehi di sini kepada masyarakat global. Mahasiswa hari ini adalah harapan negara pada masa hadapan.

Sekian, Terima kasih.

"Student Community Smart Experience"

Profesor Dr. Mohd Nordin bin Abdul Rahman
Pengarah Kampus