
Gelam (Melaleuca cajuputi)
NAMA TEMPATAN |
Gelam |
NAMA BOTANI (SAINTIFIK) | Melaleuca cajuputi |
FAMILI | Myrtaceae |
CIRI - CIRI DAN HABITAT |
Pokok gelam boleh didapati tumbuh meliar di kawasan terbiar dan berpaya di seluruh Semenanjung Malaysia. Pokok gelam boleh mencapai ketinggian sehingga 15 - 20m dengan kanopi padat dan sempit. Daunnya berukuran 5 - 9cm panjang berwarna hijau, tebal, keras licin, bujur atau memanjang dengan 5 - 7 urat membujur.Bunga kecil berkrim kuning memanjang berbentuk berus botol menyebabkan ianya juga dikenali dengan nama ‘bottle brush plant’.Buah akan pecah untuk mendedah atau menyebarkan bijinya yang berwarna coklat. Batang pokok gelam kurus dan kelihatan seperti berpintal disaluti kulit yang lembut tebal berwarna putih keperangan hingga kelabu dan boleh mengelupas dalam kepingan besar seperti helaian kertas yang sering disebut juga dengan nama pokok kulit kayu kertas. |
KHASIAT UBATAN | Daun pokok gelam digunakan dalam menyuling cajeputi atau minyak pokok teh yang digunakan untuk tujuan perubatan dan antiseptik. Bagi masyarakat Malaysia daunnya digunakan untuk merawat sakit perut dan taun. Di Indonesia pula pokok ini digunakan untuk merawat luka akibat terbakar, sakit perut, kekejangan, penyakit kulit, luka dan pelbagai sakit dan penyakit. Bagi penduduk Burma, daunnya digunakan untuk merawat gout, Indochina untuk merawat penyakit sendi. |