• PROFIL
  • Pengenalan

Pengenalan

Pusat Pembangunan Hospital Universiti Sultan Zainal Abidin (PPHU)ditubuhkan sebagai fungsi utama yang menjadi penyokong kepada perkembangan sebuah pusat bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan perubatan yang dinamik. Pada peringkat awalnya Pusat Pembangunan Hospital Universiti telah diterajui oleh seorang Pengarah Pembangunan bagi melancarkan lagi pengoperasian sebuah hospital universiti.

Peranan Pusat Pembangunan adalah penting bagi menjayakan dan merealisasikan kecemerlangan penubuhan sebuah hospital universiti terutamanya dari segi pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, penyelenggaraan berkesan diperlukan bagi memastikan kemudahan dan infrastruktur yang dibina adalah sentiasa pada tahap penggunaan yang optimum dan bakal mencapai jangka hayat yang memuaskan.