• PROFIL
  • Perutusan Pengarah

Perutusan Pengarah

        

   

 edited-pengarah pphu

 

بسم الله الرحمن الرحيم

 Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera

Alhamdulillah, pertama sekali marilah sama-sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana mengurniakan nafas baru kearah merialisasikan hasrat universiti dan warga UniSZA khasnya untuk mempunyai sebuah hospital pengajar yang moden bagi melatih dan melahirkan graduan yang holistik, berketrampilan dan berkemahiran tinggi. Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pengunjung laman web yang dihormati kerana melayari laman rasmi Pusat Pembangunan Hospital Universiti (PPHU) Sultan Zainal Abidin.

Cadangan penubuhan Hospital Pengajar Universiti Sultan Zainal Abidin (HPUniSZA) telah diluluskan pada 25 hb November 2011. Dengan usaha dan komitmen yang berterusan, akhirnya  pada hari bersejarah iaitu 18hb September 2014, Majlis Pecah Tanah HPUniSZA oleh YAB Perdana Menteri Malaysia bersama perisytiharan Daerah Kuala Nerus di Kampus Gong Badak telah Berjaya dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, pelbagai perancangan dan usaha telah dilakukan Jawatankuasa Induk HPUniSZA bagi memastikan penubuhan HPUniSZA yang terbaik  dipersada antarabangsa.

 Sebagai pusat pengurusan pembangunan, dan kordinasi pembinaan HPUniSZA, adalah menjadi hasrat kami untuk menjadi organisasi yang efisyen dan efektif untuk membantu UniSZA dalam menyampaikan maklumat semasa dan perkembangan terkini status pembinaan HPUniSZA. Justeru itu, kami memerlukan cadangan dan sokongan semua pihak bagi  pembinaan hospital pengajar yang terbaik kepada komuniti UniSZA bahkan juga kepada seluruh warga Terengganu. Jadikanlah laman web ini sebagai medium terbaik untuk mendapatkan maklumat pelbagai aktiviti serta perkembangan HPUniSZA.

 Pihak kami  juga mengucapkan terima kasih kepada Naib Canselor UniSZA, Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin Abdul Latif serta pihak Pengurusan UniSZA kerana telah mentransformasikan penubuhan PPHU. Semoga perkhidmatan yang diberikan mampu merelialisasikan hasrat dan harapan seluruh warga UniSZA terutamanya para pelajar dan staf UniSZA supaya dapat memiliki sebuah hospital pengajar yang moden, patuh syariah dan menjadi tanda aras yang terbaik bagi melahirkan modal insan yang cemerlang dunia dan akhirat.

Sekian, Wasalamualaikum w.b.t.

 

 "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

 “ILMU DAN AKHLAK”

- DR.NIK AHMAD SHAIFFUDIN BIN NIK HIM -