KURSUS JOM BIJAK PEROLEHAN

26 Jun 2021 (Sabtu) - Jabatan Kewangan, Pusat Pembangunan Hospital UniSZA (PPHU) telah berjaya mengadakan Kursus Jom Bijak Perolehan (JBP) secara atas talian melalui Webex dengan penyertaan sekitar 90 orang staf PPHU (termasuk beberapa orang pensyarah daripada Fakulti Perubatan).
 
Kursus JBP ini diadakan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang dengan perkongsian Pengenalan Perolehan (Prinsip & Dasar), Kaedah Perolehan, Penyediaan Laporan Penilaian serta Penemuan Audit. Pada akhir sesi, peserta diminta menyertai Kuiz Kahoot yang mengandungi 30 soalan bagi menguji kefahaman sepanjang menghadiri kursus. Pelbagai hadiah disediakan oleh urusetia kepada 30 orang peserta terbaik kuiz.
 
Sebagai penghargaan dan menggalakkan komunikasi antara peserta dan penceramah, urusetia turut menyediakan hadiah bagi lima (5) orang peserta terawal yang menyertai webex dan hadiah bagi setiap soalan yang dikemukakan oleh peserta. Urusetia merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih buat semua peserta di atas komitmen dan tumpuan yang diberikan.
 
 
 
      
Urusetia yang terlibat menjayakan kursus perolehan ini.
       
Peserta-peserta yang terlibat dengan kursus ini.
   
Salah satu peserta yang telah menerima hadiah kuiz.