• ARTIKEL
  • Sukarelawan Jururawat UniSZA ke Misi Bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Sukarelawan Jururawat UniSZA ke Misi Bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

 

Seramai 25 orang sukarelawan jururawat Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal terlibat dengan Misi Bantuan Covid-19 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Daripada jumlah sukarelawan tersebut, seramai 19 orang sukarelawan akan melaporkan diri pada hari ini di Pusat Kuarantin Rawatan Covid-19 (PKRC) Terengganu dengan pecahan seramai 12 orang sukarelawan ditempatkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering dan 7 orang di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM).

Tambahan lagi, baki seramai 6 orang sukarelawan jururawat UniSZA akan bertolak ke Pusat Kuarantin Malaysia di Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada hari ini dan dijangka akan melaporkan diri pada hari esok bagi menjayakan misi bantuan tersebut.

YBhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri bin Awang Mat Dahan, Naib Canselor UniSZA telah mengadakan satu sesi taklimat bersama sukarelawan—sukarelawan terlibat semalam di Bangunan Canselori UniSZA sebelum mereka memulakan misi masing-masing.

Semoga sukarelawan jururawat UniSZA yang terlibat dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin dan sentiasa dilindungi daripada jangkitan virus Covid-19.