• Berita
  • UniSZA, Pasukan Projek Pembinaan HPUniSZA, JKR dan Jabatan Bomba & Penyelamat Anjurkan Latihan Kebakaran Di Tapak Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA

UniSZA, Pasukan Projek Pembinaan HPUniSZA, JKR dan Jabatan Bomba & Penyelamat Anjurkan Latihan Kebakaran Di Tapak Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA

 

lk 8UniSZA, Pasukan Projek Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA (HPUniSZA) dan Jabatan Kerja Raya dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Kuala Terengganu) telah menganjurkan Latihan Simulasi Kebakaran dan Pengungsian Bangunan Pembinaan HPUniSZA pada 9 Oktober 2018. Ia disusuli taklimat pencegahan kebakaran dan demontsrasi latihan memadamkan kebakaran bertempat di tapak pembinaan Hospital Pengajar UniSZA.

Latihan ini melibatkan beberapa jabatan dari UniSZA iaitu Pusat Pembangunan Hospital Universiti (PPHU), Jabatan Keselamatan (JKS) dan semua pekerja di tapak pembinaan.  Tujuan latihan ini di adakan adalah untuk memberi latihan dan situasi sebenar apabila kebakaran berlaku kepada semua pekerja di tapak pembinaan. Ia juga dapat menambah pengetahuan dan pengalaman kepada semua tentang kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran.

Tepat jam 8.20 pagi, siren kebakaran dibunyikan dan semua pekerja bergegas berkumpul di tempat perhimpunan kecemasan di tapak pembinaan dalam masa lima minit. Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat (Terengganu) bertujuan untuk memberi kefahaman dan kesedaran tentang bagaimana menangani dan tindakan yang perlu dilaksanakan sekiranya berlaku kebakaran di tempat kerja.

Latihan ini banyak memberi input yang bermanfaat yang akan dijadikan panduan dan dipraktikkan jika berlaku kebakaran sebenar. Latihan ini juga telah berjaya di lakukan walaupun ia kali kedua diadakan di tapak pembinaan tersebut.

 

 lk 1 lk 2   lk 3
 lk 4  lk 5  lk 6
lk 7  lk 8  lk 10

 

ffu 23/10/2018