• Berita
  • Seminar Pengurusan Hospital Kebangsaan 2018

Seminar Pengurusan Hospital Kebangsaan 2018

Universiti Sultan Zainal Abidin dengan kerjasama dari Kluster Perubatan & Sains Kesihatan, Majlis Profesor Negara telah menganjurkan Seminar Pengurusan Hospital Kebangsaan 2018 yang bertemakan “Cabaran di Era Revolusi Industri 4.0” pada 18-19 April 2018 bertempat di Dewan Perdana UniSZA, Kampus Gong Badak. Seminar ini dapat mengumpulkan para cendekiawan dan pakar pakar perunding dari pelbagai bidang  dan dijadikan platform perkongsian untuk mendapatkan pelbagai maklumat sebagai persediaan ke arah menubuhkan pengurusan hospital pintar.

Seminar ini telah melibatkan kehadiran 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengarah dan Dekan dari Hospital Pengajar Universiti Awam dan wakil dari Jabatan Kesihatan Negeri dan Hospital Kerajaan, dan staf UniSZA daripada pelbagai Fakulti dan PTj yang berkaitan dengan pengurusan hospital. Pelaksanaan ini juga dilihat sebagai medium terbaik untuk mendapatkan maklumat pelbagai perkembangan dan seterusnya membyat perancangan yang rapi ke arah pengurusan perundangan terbaik, mesra ibadah dan pusat kecemerlangan perubatan yang patuh syariah.

Berdasarkan tinjauan yang dilakukan, rata -rata peserta dan individu yang terlibat memberikan maklum balas yang positif dan berharap seminar yang berimpak besar sebegini diteruskan pada masa akan datang. Majlis diakhiri dengan Majlis Perasmian oleh Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPN di ikuti dengan topik kemuncak Forum Pembinaan Hospital Pintar (SMART) - Model Terbaik.

Program ini diharap menjadi medan ilmu yang telah menyuntik semangat rohani kepada semua dalam meningkatkan kualiti pengurusan ke arah transformasi hospital pintar dan mendepani cabaran- cabaran di era Revolusi Industri 4.0 dengan jayanya.

 

ffu 18/10/2018