Print

Perpustakaan UniSZA sambut delegasi dari Universiti Kanjuruhan, Indonesia

Perpustakaan UniSZA menyambut kedatangan delegasi  dari Universiti Kanjuruhan, Malang, Indonesia pada 24 Januari 2018.

Rombongan telah dibawa melawat ke sekitar Perpustakaan UniSZA. Mereka juga diberikan taklimat ringkas mengenai kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan yang disediakan kepada para pengguna.

Kunjungan ini adalah sebahagian daripada agenda lawatan mereka ke UniSZA. Seramai lapan orang pensyarah dari Fakultas Penternakan, Universiti Kanjuruhan telah menyertai lawatan ini. Delegasi tersebut turut diiringi oleh Prof. Madya Dr. Nalini Arumugam, Prof. Madya Dr. Connie Fay Komilus dan beberapa orang pegawai dari Fakulti Biosumber & Industri Makanan (FBIM), UniSZA.

 

 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 24 JANUARI 2018

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions