Print

Pelajar, pegawai INSPI buat penandaaarasan di Perpustakaan UniSZA

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan 8 pelajar dan 4 pegawai  dari  Institut Pengajian Islam (INSPI) sempena lawatan mereka ke UniSZA pada 12 Disember 2017.

Selain melawat Perpustakaan UniSZA, program ini juga diadakan bertujuan membuat penandaarasan dengan Perpustakaan UniSZA dari segi pembangunan dan pengurusan perpustakaan. Selain itu, dalam sesi yang berlangsung selama hampir tiga jam ini, mereka juga turut diberi penerangan mendalam mengenai sistem APPS yang telah diaplikasikan sejak awal tahun ini di INSPI.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Sabri Muda yang merupakan penyelaras sistem APPS, selain turut dibantu oleh beberapa fasilitator iaitu Puan Rosnorzaini Rusli, Encik Syaiful Hisyam Saleh dan YM.Tengku Nur Azila Tg. Aziz.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 13 DISEMBER 2017

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions