Print

Perpustakaan UniSZA capai pensijilan ISO 9001:2015 tanpa NCR

Perpustakaan UniSZA telah berjaya menerima pengiktirafan pensijilan ISO 9001:2015 setelah melalui proses pengauditan peringkat kedua pada 3-5 Disember 2017 yang lalu. Pengiktirafan daripada SIRIM QAS International itu diumumkan oleh Puan Siti Rahmah Ahmad, Ketua Juruaudit pada hari terakhir proses tersebut pada 5 Disember 2017 di Bilik Mesyuarat Perpustakaan semasa mesyuarat penutupan audit dijalankan.

Proses pengauditan tersebut berlangsung selama tiga hari yang melibatkan pelbagai proses kerja dan dijalankan di perpustakaan ketiga-tiga kampus iaitu Kampus Gong Badak, Kampus Perubatan serta Kampus Besut.  Pengauditan ini dikendalikan oleh dua orang Juruaudit bertauliah dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. iaitu Puan Siti Rahmah Ahmad dan Puan Ani Alang.

Ini merupakan salah satu pencapaian terbaik bagi Perpustakaan UniSZA kerana mampu memperolehi pensijilan ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketidakpatuhan (NCR). Selain itu, beberapa langkah penambahbaikan telah dikenal pasti bagi memantapkan lagi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) Perpustakaan UniSZA.

Kejayaan ini tidak akan bermakna dan sukar untuk diperolehi tanpa kerjasama dan komitmen bersepadu daripada kakitangan perpustakaan di semua kampus. Usaha serta komitmen tidak berbelah bahagi semua warga Perpustakaan UniSZA akhirnya telah membuahkan hasil yang terbaik. Pencapaian pensijilan dan pengiktirafan ISO 9001:2015 ini bukan sahaja mampu meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan SPK Perpustakaan yang memfokuskan kehendak dan keperluan pengguna, tetapi juga mampu menyuntik semangat kerja berpasukan dalam kalangan kakitangan.

                     

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA | 7 DISEMBER 2017

 

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions