Print

Perpustakaan UniSZA rai MPP

 

Perpustakaan UniSZA meraikan kedatangan seramai 10 orang wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA sempena kunjungan hormat ke Perpustakaan UniSZA. pada 28 November 2017.

Kunjungan hormat ini adalah merupakan sesi perkenalan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu bersama pihak pengurusan Perpustakaan UniSZA. Sesi ini juga menjadi platform terbaik bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit mengenai perkhidmatan Perpustakaan UniSZA kepada para pelajar khususnya dan juga seluruh warga UniSZA.

Dalam hal ini, MPP merupakan suara para pelajar yang dapat menyampaikan segala masalah yang dihadapi para pelajar. Oleh itu, kunjungan ini amat bermakna kepada Perpustakaan UniSZA bagi mengenalpasti segala masalah yang dihadapi dalam kalangan pelajar mengenai perkhidmatan perpustakaan yang disediakan. Ini juga merupakan suatu saluran yang dapat membantu Perpustakaan UniSZA menambahbaik perkhidmatan dalam usaha untuk memberikan yang terbaik untuk seluruh warga UniSZA. Sesi perkongsian ini juga mampu membuahkan idea-idea baru selain dapat berkongsi pandangan antara dua pihak untuk meningkatkan perkhidmatan yang sedia ada.

Selain itu, kunjungan ini dapat mengukuhkan hubungan antara MPP dan Perpustakaan UniSZA. Sesi perbincangan berlangsung di Bilik Mesyuarat, Perpustakaan UniSZA.

  

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions