Print

Lebih 40 peserta sertai PG’s Day Minggu Perpustakaan 2017

PG’s Day yang diadakan sempena Minggu Perpustakaan 2017 pada kali ini telah menarik perhatian lebih 40 orang peserta terdiri daripada pelajar siswazah dan pensyarah. PG’s Day merupakan sesi perkongsian ilmu mengenai ‘Identifying reputable and indexed journal’. Sesi bermula pada jam 9 pagi hingga 1 tengahari dan berlangsung di Makmal Komputer, Perpustakaan UniSZA.

Encik Syaiful Hisyam bin Saleh yang merupakan Pustakawan UniSZA mengendalikan sesi tersebut. Sesi ini diadakan untuk membantu para penyelidik dalam memilih jurnal terindeks serta mengelakkan berlakunya penerbitan manuskrip penyelidikan oleh penerbit jurnal yang tidak bertauliah atau palsu. Di samping itu, sesi ini juga dapat membantu peserta mengenalpasti  sumber-sumber rujukan yang boleh digunakan dalam penulisan penyelidikan.

   

   

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions