Print

Perpustakaan UniSZA rai kunjungan Panel Penilai MQA

Perpustakaan UniSZA menerima kunjungan panel penilai dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bersempena dengan Penilaian Akreditasi Penuh Program Asasi Sains dan Perubatan UniSZA (PUSPA) pada 21 Mac 2017.

Panel penilai terdiri daripada Puan Maznah Ali dari Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Encik Sahubar Ali Mohamed Nadhar Khan (Pusat Pengajian Sains Kuantitatif, Universiti Utara Malaysia) dan wakil daripada MQA iaitu Puan Maryam Faeqah Muhaini.

Sesi lawatan ini dijalankan dalam memastikan penilaian akreditasi dapat dilaksanakan dengan lancar serta menerima pengiktirafan yang baik dari pihak MQA. Berfungsi sebagai sebuah badan jaminan kualiti, MQA memainkan peranan utamanya dalam membangunkan kriteria dan standard yang berkaitan, sebagai rujukan kebangsaan bagi tujuan penganugerahan kelayakan dalam memastikan kualiti institusi pendidikan tinggi dan program. MQA juga ditubuhkan untuk mengakreditasi kursus-kursus yang memenuhi kriteria ditetapkan mengikut piawaian.

       

Turut mengiringi, Pengarah PUSPA, Prof. Madya Dr. Salwani Ismail dan Ketua Pustakawan, Puan Rohani Othman. 

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions