Print

MPP Bersama Perpustakaan UniSZA: Menyusuri Maklumat Di Hujung Jari

Para pelajar perlu mempersiapkan diri dalam menguasai kemahiran mengakses pelbagai bahan dan sumber maklumat secara efektif. Kemahiran ini sangat penting bukan sahaja di peringkat pengajian tinggi bahkan sangat diperlukan dan berguna apabila kita memasuki alam pekerjaan.

            

Dengan ledakan maklumat, para pelajar perlu lebih bijak dalam mengaplikasikan kepelbagaian sumber terutama sumber elektronik yang menjadi suatu medium penting dewasa ini, apatah lagi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Dalam merealisasikan tujuan tersebut, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniSZA dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA telah menganjurkan program MPP Bersama Perpustakaan UniSZA: Menyusuri Maklumat di Hujung Jari pada 16 Februari 2017.

Selain membina kemahiran dalam kalangan pelajar, program selama empat jam ini adalah untuk menonjolkan serta menguar-uarkan kepelbagaian fungsi sumber yang disediakan terutamanya sumber elektronik dalam mendapatkan bahan rujukan yang reliable.

Seramai 28 orang pelajar yang juga wakil MPP menyertai program ini yang diadakan di Makmal Tertutup Perpustakaan, Aras 2.

Sesi perkongsian ilmu tersebut telah disampaikan oleh Pustakawan Kanan, UniSZA, Encik Mohd. Sabri Muda bersama fasilitator, Encik Syaiful Hisyam Saleh (Pustakawan UniSZA).

Encik Mohd Sabri turut berkongsi ilmu untuk mengakses maklumat melalui google. Selain itu, pelajar juga didedahkan mengenai asas kemahiran maklumat dan kemahiran mengakses sumber elektronik.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions