Print

RENTECH 2.0 pamer pelbagai karya pelajar FRIT

Fakulti Rekabentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Perpustakaan UniSZA mengadakan pameran Rendering Technique (RENTECH 2.0) bertempat di Aras 1, Perpustakaan UniSZA. Pameran yang berlangsung selama sebulan ini bermula pada 1 Februari hingga 28 Februari 2017.

RENTECH 2.0 merupakan suatu pameran hasil kerja pelajar Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Perindustrian yang melibatkan lebih 50 orang pelajar. Pelbagai hasil seni dipamerkan dalam usaha membawa bakat seni para pelajar ini untuk dikongsi bersama warga UniSZA.

Pameran dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), UniSZA, Prof. Dr. Nik Wan Omar.

BERITA & GAMBAR : PERPUSTAKAAN UniSZA

                         RELATED LINKS 
 

 

 

 

 
                 CONTACT US
           
Open source productions