Cetak

PWB Cares Santuni Golongan Berkeperluan Khas

Bagi mendokong hasrat untuk menyebar luas ilmu dan pengetahuan serta memberikan manfaat kepada semua golongan masyarakat, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB) UniSZA  menyantuni seramai 13 orang pelajar berkeperluan khas sempena program Bicara Santai: PWB Cares pada 22 Mac 2023. Program selama satu jam tersebut diadakan di Makmal Komputer Tertutup, PWB, UniSZA Kampus Gong Badak.

Program yang berlangsung secara santai itu bertujuan untuk mendekati golongan istimewa ini selain merapatkan hubungan dengan mereka.

Selain sesi perkongsian mengenai kemudahan serta perkhidmatan yang disediakan kepada mereka, PWB juga turut berkongsi mengenai penggunaan sumber elektronik atau sumber dalam talian yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar dan dapat diakses pada bila-bila masa. 

Sesi dialog pada akhir program tersebut ternyata memberi impak yang positif apabila ramai pelajar yang memberi respons serta idea dalam menambah baik kemudahan dan perkhidmatan di perpustakaan. Idea dan respons ini amat penting kepada PWB dalam usaha membantu selain dapat memenuhi keperluan mereka sepanjang sesi pengajian di UniSZA.

               

              

 

 

22 MAC 2023

 PERPUSTAKAAN AL-WATHIQU BILLAH (PWB), UniSZA

                          HUBUNGI KAMI
                           
Open source productions