Lokasi     UniSZA     CLMC

LAWATAN PENANDAARASAN DELEGASI PERSATUAN PEGAWAI SAINS UPM KE CLMC UniSZA

   

BESUT, 1 NOVEMBER - Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC), UniSZA menerima lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Task Force Pembentukan Struktur Organisasi dan Outfit Perjawatan Skim C, UPM bersama-sama Exco Persatuan Pegawai Sains, Universiti Putra Malaysia (PScUPM) seramai 19 orang pada hari ini bagi tujuan melihat sistem pengurusan makmal melibatkan peralatan berteknologi tinggi, keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta struktur organisasi skim C di UniSZA.

Delegasi UPM ini diketuai oleh En. Md. Nizam Mahat @ Ibrahim selaku Presiden Persatuan Pagawai Sains UPM dan kehadiran delegasi disambut sendiri oleh Pengarah CLMC, YBrs. Ts. Dr. Zarizal Suhaili dan wakil pengurusan CLMC. 

Pihak CLMC berharap agar kunjungan ini dapat memberi manfaat kepada delegasi UPM dan seterusnya dapat mengeratkan jalinan kerjasama antara UniSZA dan UPM.