Lokasi     UniSZA     CLMC

PENGAGIHAN BEKALAN AIR MINUMAN RO (REVERSE OSMOSIS) UNTUK PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN UniSZA KAMPUS GONG BADAK

 

KUALA NERUS, 1 SEPTEMBER - Pengagihan bekalan air minuman osmosis berbalik (reverse osmosis) bagi kegunaan pelajar di kolej kediaman Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak yang terkesan dengan Krisis Air Berangan. Sebanyak 200 kotak (4,800 botol) diserahkan bagi tujuan tersebut.

Penyerahan air minuman ini disempurnakan oleh Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Berpusat (CLMC), Ts. Dr. Zarizal Suhaili kepada Prof. Madya Dr. Mohd Shafiee Hamzah, Pengarah Kolej Kediaman dan Kesihatan Pelajar. Semoga bekalan air ini dapat memberi manfaat dan meringankan kesulitan pelajar.