Sunday, 27 November 2022

Hasrat Naik Pentas Konvokesyen Tidak Kesampaian

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: “Sepatutnya Aiman yang naik pentas ambil diplomanya, tapi hasratnya tidak kesampaian”, kata Ahmad Zaidi Yusop, 53, bapa kepada Ahmad Danial Aiman, 20, yang meninggal dunia.

Katanya, anak ketiga daripada lima beradik itu yang mengambil kursus Diploma Reka Bentuk Perindustrian sebelum ini membantu beliau sebagai pemandu lori pasir sementara menunggu majlis konvokesyen dan begitu teruja untuk menghadirinya.

“Hasrat arwah tak kesampaian apabila dia meninggal dunia kerana terlibat dengan kemalangan pada 29 September lalu di Selangor”, katanya ketika ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14, hari ini.

Katanya mereka sekeluarga amat bersedih dengan kehilangan Aiman yang menjadi contoh kepada adik-adiknya, namun reda dengan ketentuan Allah.

“Kecederaan arwah akibat tersepit di hujung bahagian lori menyebabkan rahang belah kanan berhimpit dan tempurung kepala sedikit retak serta darah yang keluar terlalu banyak”, katanya.

Katanya lagi, arwah dikebumikan di Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur pada 30 September lalu dan hari ini dia bersama isteri, Nor Liza Yasin, 52 hadir ke majlis konvokesyen untuk mengambil hadiah terakhir anaknya itu.

“Diploma ini akan kami simpan sebagai kenangan terakhir arwah untuk kami kenang sampai bila-bila. Saya terbayang pastinya arwah gembira jika dia yang mengambilnya sendiri,” katanya.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara