Sunday, 27 November 2022

Graduan OKU mahu ubah nasib keluarga

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus: Seorang graduan orang kurang upaya (OKU) bertekad untuk mengubah nasib keluarga dengan mencapai impian menjadi penterjemah bahasa arab.

Nurmelissa Mohd Yadi, 24, yang mengalami masalah saraf sejak berumur 11 tahun dan mula berkerusi sejak tingkatan tiga, antara 2,314 graduan di Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-14.


Dia berkata, meskipun ada kekurangan, dirinya mahu mengubah nasib keluarga dengan mencabar diri menjadi individu yang berjaya.

“Saya mahu membalas jasa ayah dan ibu yang membesarkan saya sejak kecil dan mahu melihat saya berjaya seperti orang lain”



“Ini menyebabkan saya berusaha keras untuk mengubah nasib keluarga dan menjadi orang yang berjaya,” katanya yang kini mengikuti kursus penterjamahan di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) secara dalam talian.

Bapa Melissa, Mohd Yadi Taib, 54, bekerja sebagai pemandu lori manakala ibunya, Saripah Abu Bakar, 54, bekerjadi kedai makan berdekatan rumahnya di Kampung Losong.

Anak kedua dari enam beradik itu berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab di Majlis idul Ilmi Konvokesyen ke-14, di sini, hari ini.

Pada mulanya, dia tidak mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap diri sendiri kerana kekurangan yang dimilikinya sekali gus meletakkan dia sebagai orang kelainan upaya (OKU).

Meskipun begitu, kekurangan yang dihadapi itu itu tidak pernah dijadikan sebagai halangan untuk mencapai cita-cita selama ini iaitu sebagai seorang penterjemah.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara