Sunday, 04 December 2022

Sambung belajar di UniSZA demi mengubah nasib keluarga

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus – “Saya bersyukur dapat menyambung pengajian di UniSZA dan mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarga saya”, kata Siti Khalijah Abdullah, 18, ketika ditemui pada sesi pendaftaran pelajar baharu UniSZA, di Kampus Gong Badak, hari ini.

 

Khalijah yang berasal dari Pahang telah mendaftar sebagai pelajar Diploma Teknologi Pembuatan amat merasa gembira kerana dapat membanggakan keluarga dan dapat menyambung pengajian.

“Pada mulanya saya tidak berminat untuk belajar lagi kerana sudah bekerja secara separuh masa tetapi saya fikir untuk mengubah nasib keluarga saya, jadi saya teruskan pengajian ke peringkat diploma ini”

 

“Alhamdulillah, proses pendaftaran selesai dengan sempurna dan saya tak sangka saya sudah bergelar mahasiswa”, katanya yang merupakan anak sulung dari lima beradik.

Sementara itu, Mohd Syazwan Asyraf, 18, berkata dia menyambung pelajaran ke UniSZA adalah kerana mahu menambah ilmu pengetahuan.

 

“Ini adalah tanggungjawab saya sebagai manusia agar sukakan ilmu dan sentiasa mahu menambah ilmu pengetahuan”

“Saya mahu belajar bersungguh-sunguh supaya dapat membimbing pula masyarakat dengan ilmu yang berguna kerana ia juga adalah suruhan agama”, katanya yang merupakan anak bongsu dari lima beradik.

Terdahulu, seramai 814 pelajar baharu peringkat diploma melahirkan rasa gembira apabila berjaya melalui proses pendaftaran bagi kemasukan Sesi Akademk 2022/2023, hari ini.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara