Tuesday, 29 November 2022

Turun pelamin, naik pentas konvokesyen

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA NERUS - [DIKEMAS KINI] Tarikh 27 Mac menjadi kenangan paling istimewa buat seorang juru X-ray apabila dia menjadi raja sehari dan kemudian melangkah ke pentas konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan berpakaian sama.

Ameerul Hakim Muzi@Ahmad Fauzi, 27, dari Kampung Seberang Takir selamat bergelar suami kepada Nur Izzatul Nabilah Ghazali, 22, pada jam 10.30 pagi Ahad sebelum terus ke UniSZA empat jam kemudian.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengimejan Perubatan (Kepujian) berkata, mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mei depan namun terpaksa mempercepatkan tarikh kerana kekangan jadual Nur Izzatul Nabilah yang kini bekerja secara kontrak di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang.

"Saya mendapat tahu tarikh majlis konvokesyen sebulan yang lalu. Ketika itu saya fikir tidak dapat menghadirinya kerana semua persiapan perkahwinan termasuk bayaran tempahan dewan sudah dibuat," katanya kepada pemberita di sini pada Ahad.

Bagaimanapun Ameerul Hakim bersyukur kerana pihak universiti memaklumkan dia boleh menghadiri konvokesyen pada sesi petang selepas selesai akad nikah.

"Alhamdulillah syukur, walaupun penat tetapi saya tetap gembira kerana majlis berjalan lancar," katanya.

Berkongsi pertemuan bersama isterinya, Ameerul Hakim memberitahu tidak pernah berjumpa Nur Izzatul Nabilah ketika di kampus.

"Kami berkenalan ketika bekerja di klinik sama di daerah ini, Ogos lalu dan bertunang empat bulan kemudian.

Sumber Sinar Harian

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara