Tuesday, 29 November 2022

Majlis Konvo pertama ayah pernah hadir

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

KUALA NERUS : Walaupun serba kekurangan, saya sangat terharu dan gembira kerana ayah hadir juga ke majlis konvokesyen saya”, luah Syazwani ketika ditemui pada Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA ke-12, hari ini.

Nurul Syazwani Said, 22, merupakan graduan Diploma Pengurusan Sumber Manusia dan  merupakan anak bongsu kepada pasangan Said Abdullah dan Som Hasan.

Syazwani menzahirkan rasa sebak dan terharu kerana ayahnya tetap hadir ke majlis konvokesyen meskipun dengan menggunakan alat bantuan untuk bergerak kerana kehilangan sebelah kaki.

“Ayah seorang penoreh getah dan menghadapi sakit gout yang kritikal sehingga menyebabkan sebelah kaki dipotong  pada tahun 2019 ketika saya masih belajar di UniSZA”

“Pada masa itu saya hampir berhenti belajar, namun atas pujukan ayah dan emak saya tersukan jua sehingga tamat”, katanya yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah.

Syazwani berkata, dia adalah anak pertama yang menyambung pengajian ke peringkat unviversiti dan merupakan konvokesyen pertama ayahnya pernah hadir.

“Pada mulanya ayah agak malu dan berat utk hadir disebakkan fizikalnya yang tak mampu berjalan dan akan menyulitkan keadaan”

“Mujurlah segalanya berjalan lancar dengan layanan baik pihak UniSZA yang sentiasa hulurkan bantuan untuk ayah bergerak sepanjang majlis konvokesyen berlangsung”, katanya ketika ditemui.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara