Tuesday, 29 November 2022

Hilang buku sekolah, pelajar UniSZA beri sokongan kepada mangsa banjir

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuantan - “Hanya tinggal kasut dan baju, buku sekolah semua dah hilang serta rosak”, luah Muhammad Akif Zafran Mohd Zamri yang kehilangan semua buku sekolah akibat bencana banjir yang melanda rumahnya baru- baru ini.

Akif Zafran yang juga pelajar tingkatan satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan, turut meluahkan kesedihan apabila 80 peratus kerja sekolah yang sudah siap lenyap dan hancur begitu sahaja.

Anak sulong dari tiga beradik itu berkata, hanya pakaian sekolah serta kasut sahaja yang masih dapat digunakan lagi meneruskan persekolahan tahun hadapan.

“Ini pertama kali saya berdepan dengan banjir yang begitu teruk sejak empat tahun tinggal di sini, dan saya redha melihat keadaan rumah dan kawasan sekitar yang begitu teruk”

“Saya sangat berterima kasih kepada abang-abang dan kakak-kakak dari UniSZA yang datang hari ini membantu membersihkan rumah serta meringkan beban kami sekeluarga”, katanya ketika ditemui.

Katanya lagi, pelajar UniSZA yang datang ke rumahnya itu turut memberi nasihat dan sokongan kepadanya supaya tidak berputus asa dengan musibah yang berlaku.

“Alhamdulillah, abang-abang dan kakak-kakak dari UniSZA telah menceriakan saya dengn memberi sokangan yang baik dan membantu saya sejak dari awal pagi lagi”, katanya.

UniSZA telah menghantar 100 sukarelawan yang terdiri dari kakitangan dan pelajar untuk membantu mangsa banjir di daerah Bera dan Kuantan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana di sana.

Selain itu, 18 kakitangan perubatan PPHU yang disertai oleh doktor dan jururawat turut menyertai misi tersebut untuk membuat pemeriksaan asas kesihatan selain merawat luka-luka kecil mangsa di kediaman masing-masing.

###

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara