Monday, 03 October 2022

UniSZA, DPIM meterai MoU bantu usahawan IKS

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Kuala Nerus : Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi mengeratkan lagi perhubungan kedua-dua pihak berkenaan.

Naib Canselor UniSZA , Prof Dato Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan, berkata tujuan MoU itu adalah untuk menawarkan program Executive Master in Entrepreneurshi and Business Innovation (EMEBI) kepada ahli-ahli DPIM dan usahawan-usahawan serta syarikat IKS yang berpotensi.

“Selain itu, kedua pihak juga akan melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran secara bersama program EMEBI ini kepada segmen pasaran yang bersesuaian”

“Malah UniSZA dan DPIM juga akan bekerjsama dalam pelaksanaan program merangkumi penyediaan modul, team-teaching danjuga business-coaching kepada peserta program “, katanya pada majlis MoU berkenaan, di UniSZA Putrajaya.

Katanya lagi, keahlian DPIM yang mempunyai 2,000 syarikat IKS yang bernaung dibawahnya memenuhi kriteria sasaran program EMEBI.

“Pembayaran komisen berjumlah RM 1,000 bagi setiap pelajar yang mendaftar di bawah DPIM adalah berteraskan situasi ‘menang-menang’ di mana kedua-dua belah pihak mendapat faedah daripada program ini”, katanya.

MoU itu ditandatangani oleh Prof Hassan Basri bagi pihak UniSZA manakala DPIM diwakili Presidennya, Mohamad Sahar Mat Din.  Ir Rudi Zulham Hasibuan. Ia disaksikan oleh Pendaftar UniSZA, Ismail Musa serta Timbalan Presiden DPIM, Muhamad Khanafi Husin.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2022 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara