Friday, 04 September 2026

Perjuangan Hingga Separuh Akhir, Futsal Lelaki UniSZA Hadiahkan Gangsa SUKUM 46

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
KUALA NERUS, 15 Ogos 2026 – Pasukan futsal lelaki Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menamatkan saingan Kejohanan Sukan Universiti Awam Malaysia (SUKUM) Ke-46 dengan kutipan pingat gangsa selepas tewas 3-1 kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada aksi separuh akhir.
 
 
Walaupun gagal melangkah ke perlawanan akhir, skuad UniSZA tetap mempamerkan aksi yang membanggakan sepanjang kejohanan menerusi komitmen dan semangat juang yang tinggi.
 
Pengurus pasukan, Wan Mohd Hamidi Wan Harun, menyifatkan pencapaian tersebut sebagai hasil usaha terbaik yang telah diberikan oleh seluruh anggota pasukan sepanjang saingan berlangsung.
 
 
“Pasukan sudah memberikan yang terbaik. Terima kasih kepada semua pemain dan barisan pasukan atas komitmen serta usaha yang diberikan sehingga berjaya mara ke peringkat separuh akhir.
 
“Kami akan teruskan perjuangan dan berusaha memperbaiki kelemahan untuk menghadapi saingan SUKUM akan datang,” katanya.
 
Kejayaan meraih gangsa itu sekali gus menjadi pencapaian bermakna buat skuad futsal lelaki UniSZA yang terus menunjukkan potensi untuk kembali lebih kuat pada edisi SUKUM akan datang.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2026 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara