Thursday, 08 October 2026

Nur Haryati Sumbang Gangsa Petanque Wanita, Tambah Koleksi Pingat UniSZA di SUKUM Ke-46

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus, 12 Ogos 2026 – Atlet petanque Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Nur Haryati binti Alias, menceriakan kontinjen universiti apabila berjaya meraih pingat gangsa dalam acara petanque kategori individu wanita pada Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) Ke-46.
 
 
Nur Haryati yang juga merupakan Pembantu Tadbir (P/O) di Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) berkata kejayaan tersebut menjadi satu pengalaman yang cukup bermakna dan disifatkan sebagai hasil daripada semangat serta komitmen yang diberikan sepanjang kejohanan.
 
Beliau melahirkan rasa syukur atas pencapaian berkenaan, selain bangga kerana dapat menyumbangkan pingat buat UniSZA dalam temasya sukan staf universiti awam itu.
 
“Saya sangat bersyukur dan bangga kerana dapat menyumbangkan pingat kepada UniSZA dalam SUKUM Ke-46. Ini menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna buat saya,” katanya.
 
Menurut Nur Haryati, kejayaan tersebut juga menjadi pembakar semangat untuk beliau terus memperbaiki prestasi dan memberikan saingan lebih baik pada kejohanan akan datang.
 
“Selepas ini saya akan lebih bersemangat untuk terus berlatih dan memperbaiki kelemahan. Saya akan cuba buat yang terbaik untuk UniSZA,” katanya.
 
 
Kejayaan Nur Haryati sekali gus menyumbang kepada pencapaian keseluruhan kontinjen UniSZA yang terus memperlihatkan prestasi membanggakan dalam SUKUM Ke-46, yang menghimpunkan warga universiti awam dari seluruh negara dalam semangat kesukanan, persahabatan dan kecemerlangan.
 
SUKUM Ke-46 yang berlangsung di UniSZA turut menjadi medan warga universiti awam mempamerkan bakat serta keupayaan dalam pelbagai acara sukan, di samping memperkukuh hubungan dan semangat kesepaduan dalam kalangan warga institusi pendidikan tinggi negara.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2026 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara