Wednesday, 22 April 2026

Sembang Santai Bersama Naib Canselor Perkasa Kefahaman Hala Tuju UniSZA 2026

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus, 11 Mac 2026 – Seluruh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) berpeluang mendengar secara langsung perkongsian mengenai hala tuju universiti menerusi program Sembang Santai Hala Tuju UniSZA 2026 Bersama Naib Canselor yang berlangsung di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS).
 
 
Program yang bermula pada jam 10.00 pagi itu menampilkan sesi dialog terbuka bersama Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Fadzli Adam bagi memberi penerangan berkaitan perancangan strategik, aspirasi universiti serta hala tuju pembangunan UniSZA ke arah kecemerlangan akademik, penyelidikan dan perkhidmatan kepada masyarakat.
 
Sesi tersebut turut memberi ruang kepada warga kampus untuk berinteraksi secara santai, mengemukakan pandangan serta cadangan demi memperkukuh lagi pencapaian universiti selaras dengan pelan pembangunan UniSZA.
 
 
Program ini juga disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial UniSZA bagi membolehkan lebih ramai warga universiti mengikuti perkongsian yang disampaikan.
 
Hadir sama, Timbalan Naib Canselor ( Penyelidikan & Inovasi , Prof. Ts. Dr. Shukor bin Abd Razak, Timbalan Naib Canselor ( Akademik & Antarabangsa ), Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd Ghadas, Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar & Alumni ), Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff, Bendahari, Encik Suhaili bin Mohd, Pendaftar, Encik Muzafar bin Mohd Din, Ketua Pustakawan , Puan Norulhuda binti Makhtar, Pengarah Kampus Besut, Prof. Madya Dr. Azman bin Azid, Penasihat Undang-Undang, Encik Mohd Fuad bin Husaini dan Pengarah Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan, Prof. Madya Dr. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2026 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara