UniSZA Rai Pengamal Media Dalam Program Santai Moreh Ramadan 2026
Program Santai Moreh Ramadan UniSZA Bersama Pengamal Media 2026 menjadi medan mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan rakan-rakan pengamal media dalam suasana santai serta penuh keberkatan Ramadan.

Majlis yang berlangsung dalam suasana mesra ini turut menjadi platform penghargaan kepada para pengamal media yang sentiasa menjadi rakan strategik dalam menyampaikan informasi serta mempromosikan perkembangan dan pencapaian UniSZA kepada masyarakat.
Pada majlis yang sama, pihak UniSZA turut menyampaikan bingkisan Aidilfitri sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media yang sentiasa bersama dan memberi sokongan dalam menyalurkan berita serta liputan berkaitan universiti.

Diharapkan jalinan kerjasama erat antara UniSZA dan pihak media akan terus diperkukuh demi memperkasakan penyampaian maklumat yang tepat, berintegriti serta memberi manfaat kepada masyarakat.

