Pro Canselor UniSZA Ziarah Keluarga Allahyarhamah Syakirah Hanan, Sampaikan Sumbangan TKPM
Jertih - Pro Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj Md Nor hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah Syakirah Hanan di Jertih bagi menzahirkan rasa simpati dan keprihatinan pihak universiti atas pemergian Allahyarhamah, baru-baru ini.

Dalam kunjungan tersebut, Pro Canselor UniSZA telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa (TKPM) berjumlah RM7,000 kepada keluarga Allahyarhamah sebagai pampasan kematian akibat kemalangan.

Dalam kunjungan tersebut, Pro Canselor UniSZA telah menyerahkan sumbangan Tabung Kebajikan dan Perlindungan Mahasiswa (TKPM) berjumlah RM7,000 kepada keluarga Allahyarhamah sebagai pampasan kematian akibat kemalangan.
Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta menjadi tanda keprihatinan dan sokongan berterusan pihak universiti terhadap kebajikan mahasiswa dan waris mereka.
Turut hadir mengiringi kunjungan tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Dato’ Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hafiz bin Yusoff serta beberapa pegawai universiti.

UniSZA sentiasa komited dalam menjaga kebajikan mahasiswa dan akan terus memberikan sokongan sewajarnya kepada keluarga Allahyarhamah dalam menghadapi saat sukar ini.
Allahyarhamah Syakirah Hanan merupakan pelajar UniSZA yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku baru-baru ini, sekali gus meninggalkan kesan mendalam kepada warga universiti.

