Saturday, 13 December 2025

SEMARAK KAMPUS MADANI DI UniSZA : PROGRAM "IN PERSON WITH DOC ZAM" WUJUDKAN INTERAKSI LEBIH DEKAT ANTARA MENTERI PENDIDIKAN TINGGI DENGAN MAHASISWA BAHARU

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 
Kuala Nerus - Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengadakan sesi "In Person With Doc Zam" bersama hampir 2,000 orang mahasiswa baharu Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam satu majlis yang berlangsung dengan penuh meriah malam tadi.
 
 
Program yang pertama kali diadakan di UniSZA ini bertujuan untuk memperkukuh hubungan antara mahasiswa dan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), serta memberikan peluang kepada pelajar baharu untuk berinteraksi secara terus dengan menteri dalam suasana yang santai dan mesra.
 
 
Dalam ucapannya, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry mengingatkan mahasiswa agar membina ketahanan diri terhadap pengaruh algoritma media sosial dan mengukuhkan jati diri melalui ilmu, etika serta kesedaran terhadap cabaran global termasuk penindasan rakyat Palestin di Gaza.
 
Beliau berkongsi detik ‘liberating moment’ iaitu saat menggenggam segulung ijazah pada tahun 1987, yang menjadi simbol pembebasan daripada kekangan hidup serta menegaskan kemerdekaan sebenar merangkumi kebebasan minda dan jiwa melalui ilmu pengetahuan.
 
Pengalaman membesar dalam serba kekurangan, katanya, telah membentuk ketabahan dan keazaman untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat tertinggi.
 
 
Sesi soal jawab bersama pelajar mengupas isu kos sara hidup, peluang berkarya, relevansi universiti dalam era digital, kawalan maklumat di media sosial, peranan mahasiswa dalam pembentukan dasar politik negara serta nilai kemerdekaan dan tanggungjawab sosial.
 
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Program Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat IPT 2025 sebagai simbol penghayatan semangat kemerdekaan dalam kalangan warga pendidikan tinggi.
 
Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Azlinda Azman; Naib Canselor UniSZA, Prof. Datuk Dr. Fadzli Adam; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim; Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah serta pengurusan tertinggi KPT.

Follow Us

Popular Post

Error: No articles to display

Latest News link

©2025 UniTIMES | Hakcipta Terpelihara